Assalamualaikum...
17hb & 18hb September 2011 trip casting diadakan lagee...
Rancangan trip casting yang diatur oleh geng caster selama 2hari memberi kami peluang seluas-luasnya mencari spesis idaman...
hari pertama kami menjemput rakan caster Bro Raymie (RTS Crew) untuk bersama komplot menjelajah area muara Maidin... kondisi air agak tuhur, namun terpaksa meninjau area bangkar saja
pada pagi itu... sambaran kasar Bro Raymie terpaksa dipatahkan kerana makhluk mega berjaya menyelinap masuk bangkar yang
agak besar... lumrah dunia casting bro... belum rezeki..
apapun kami meneruskan acara membaling gewang di semua
penjuru bangkar dan akar-akar tempat persembunyian spesis ikan...
Di bawah tersedia paparan untuk pengunjung blog... saksikan...
17hb September 2011
Terima kasih atas kesudian casting bersama kami
Selaku Boatman Penulis, Bro Raymie
juga sempat mengajar ku membawa bot... tq
Joranlama dengan Siakap Merah... Tahniah
Awal pagi memberi tekanan... kondisi air agak tuhur...
menyebabkan kami terpaksa awal membuka bekalan...
Petang itu, Bro Raymie hanya
diberi layanan baby MJ saja..
Budaya yang harus diamalkan...
Persinggahan petang itu di sungai Tali...
beratus lontaran di beberapa sudut sukar, akhirnya
diberi layanan istimewa juga hari itu... teknik jerking
membantu memikat GT skala 900g tumpas di hook Tilsan Barra...
18hb September 2011
Keesokan harinya kami bermula di area sungai Tali...
keadaan air yang pagi itu juga agak tuhur dan arus bergerak
perlahan kami cenderung untuk mencari spesis Siakap putih
yang ramai dikatakan berhampiran dengan kawasan kolam
udang...ikuti lebih lanjut laporan menerusi gambar
yang disediakan...
Sekitar 6.30 a.m. jerking tilsan barra
mampu menggoda kerapu pagi itu..
beberapa minit kemudian, anin juga diberi
layanan siakap Merah.. terus tekanan bot di sebelah...
alala alala...
sekali lagi penulis juga diberi layanan mantap
kerapu minyak berskala 1.5kg hasil daripada
jerking tilsan barra..
akhirnya sampai di suatu bangkar rahasia...
Spesis yang dicari telah muncul... Penulis berjaya menawan
Spesis yang dicari telah muncul... Penulis berjaya menawan
sang barramundi menggunakan TDD Flash Pirch07 pada pagi itu..
saiz mini bukan menjadi ukuran bagiku...
asal niat dihajati termakbul jua..
ternyata bangkar itu banyak menyimpan spesis yang sama..
anin juga memperoleh siakap putih selepas beberapa kali
anin juga memperoleh siakap putih selepas beberapa kali
disentap olehnya sehingga 4 kali sambaran...
Lesen pertama buat Bro Erwin siakap putih skala 900g
memberinya semangat yang kian pudar kembali cerah-secerahnya
hehehehhe... tahniah Pulang dengan hati yang senang...
trip ke sungai tali berjaya memujuk 3 ekor selunsung pada hari itu...
selebihnya kerapu minyak dan sumpit2 di release semula...
ada masa cerita bersambung lagi...
sekian laporan trip 2hari dari Dangsanak Angler's...
selebihnya kerapu minyak dan sumpit2 di release semula...
ada masa cerita bersambung lagi...
sekian laporan trip 2hari dari Dangsanak Angler's...