Sunday 1 May 2011

Mambang hijau menentang kalung Emas

2minggu berselang dari trip sebelumnya 30hb april 2011
merupakan trip Dangsanak Anglers ke destinasi utama iaitu 
Bintuka... penulis kali ini digandingkan dengan reel baru iaitu 
Shimano Curado 51E yang merupakan pembakar semangat trip 
kali ini... tidak terlupa juga Joranlama turut  beraksi dengan 
kalung emasnya Shimano Calcutta 101B... Seperti biasa 
geng caster Alam karam@Erwin dan Lim Tat menerajui sebagai boatman kami...

Seawal mungkin sekitar jam 5.30a.m. kami mula berangkat
dari jeti, tetapi timbul masalah terhadap bot yang ditempah 
mengalami kerosakan enjin yang berpunca dari plugnya... 
ianya memakan masa kerana kami tidak berbekalkan stok plug baru. 
terpaksa menunda semula ke arah rumah tangah hussin untuk 
dibaik pulih.... setiap masalah pasti ada hikmahnya... kami 
bertolak agak lewat sekitar jam 6.15a.m... di situlah hikmahnya bermula..hehehe

ini saja foto yang sempat diambil semasa menuai ikan 
di sarangnya.. hehehe
Hikmahnya sudah terbalas dengan kejayaan reel 
barunya Shimano Calcutta 101B di awal pusingan
Tahniah buat ayahanda (joranlama)

Alam Karam berhasil menundukkan kerapu minyak dengan 
reel Curado 200E7...

 penulis kali ini berjaya menipui sang sesumpit dengan 
gemercing bunyi Rapala Shad Rap

kerapu berjaya diheret keluar dari sarangnya 

mambang hijau (Shimano Curado 51E) 
menumpaskan Kerapu hasil daripada kehebatan 
TDD07 Flash Pirch

Pusingan ke-2 
 Hasil tundaan gewang Shad Rap berjaya 
mengait mulut GT sewaktu ku terlelap seketika.. hehe 
Alam karam sempat bergambar merakam gambar kenangan..

 hasil tuaian ikan yang bermaksud
"Datang lagi ke Bintuka'
hehehe sukses.. alhamdulillah...
22kerapu minyak, 2 MJ, 2 GT, 2 Titir, dan sesumpit
kemanangan berpihak kepada kalung emas (round reel)