Monday 30 May 2011

Meniti haluan berpanjangan

Muncul kembali kali ini Team Dangsanak Angler's bakal menggegar lubuk yang agak sinonim dengan tajuk kali ini... Sungai yang diduga 
kali ini tiada persimpangannya... hanya sehala menuju keluar ke 
anak2 sungai yang agak jauh dari kawasan itu... kawasan yang 
diterokai kebanyakannya pohon2 nipah yang menjadi tempat permainan serta persinggahan ikan2  yang menjadi sasaran 
utama para caster...  Didalangi komplot trip kali ini adalah 
Bro Asneh dan Mr. Hisam. Mereka yang berpengalaman mengetuai ekspedisi kali ini membawa kami Team Dangsanak Anglers ke area berkenaan... Walaupun agak jauh, kami seru saja nafsu di hati untuk mencuba tempat baru...
Sungguh mengujakan kerana hasil tangkapan kali ini memang berbaloi kerana terdapat banyak saiz kasar dari ikan kerapu dan spesis lain... kami cuba dan terus mencuba cast ke sasaran sehingga ikan yang terakhir didaratkan...moga dapat bersua lagi di lubuk berkenaan..

 mengakhiri kata laporan kali ini dengan jutaan trima kasih Kepada Bro Asneh dari http://gilakail.blogspot.com/ dan mr. Hisam dari http://kembara-pancing.blogspot.com/ kerana bersama-sama menduga lubuk baru... diharap dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara caster2 di Sabah ini...
Pelbagai rentetan di dirakamkan menerusi lensa handphoneku, semoga dapat memuaskan hati para pengunjung blog ini... Trima Kaseh... 


Bro Erwin santai mengemudi bot...

 menuju ke Destinisi 

Kerapu yang didaratkan oleh Penulis dengan 
TDD09 Red Tiger

 Tidak disangka sambaran Merah betaring
membuatku tersenyum.. ahakss

GT sebagai pengubat rindu dikala MJ ketiduran... hehehe 

Enjin yang rosak... mengambil masa kira2 30minit untuk dibaiki... 

Spesis ikan yang jarang ditemui...

 waktunya di lepaskan kembali...
(Berkaca-kaca ku liat mata ikan atu kan minta dilepaskan)
hehehe

Ikan Putih yang berjaya didaratkan menerusi 
teknik throlling 

 Penulis juga memperoleh spesis yang sama...
CNR juga...


hasil Trip kali ini 
Penulis Dan Bro Erwin
(1MJ, 1GT, 1Tanda, dan 15 Kerapu)

Joranlama Budiman dan Mimit
(2GT, 3Titir dan  17 Kerapu)

 ini pula rakan caster LimTat berjaya menaikkan Selunsong
menggunakan teknik throlling... Tahniah!!!

 Sempat merakamkan hasil GT yang pastinya memberikan 
layanan istimewa

Turut berjaya menewaskan ikan Tanda

...ada masa atur lagi...
...bakal beraksi dalam bulam Jun...

Sunday 15 May 2011

so you think you can cast...

Assalamualaikum pembuka kata tirai blog kali ini...
hari yang dinantikan telah tiba mengundang kami ke destinasi utama
Bintuka... kami seramai 6 orang geng caster D'Angler mengatur trip sejak 2 minggu lalu dan kali ini pada tarikh 14hb mei 2011 merupakan episod yang paling manis... hehehe
 3 buah bot di tempah iaitu bot no1 (Lim tat & Joranlama) bot no2 (Penulis & Alam Karam) dan bot no5 (bro asri & cigu Sharidan)... memulakan perjalanan seawal 5.30am di jeti Tangah Hussin, 
kami terus ke muara sungai ke port2 biasa...

semalam adalah kenangan, hari ini adalah pengalaman,
 dan esok adalah cabaran...
 penulis kali ini kecewa kerana rabut 2 ekor ikan pilihan yang bersaiz kasar... GT dan MJ.... apapun itulah dugaan setiap caster... ahakss... 
walaupun begitu, Geng caster yang lain sukses dengan hasil masing-masing... ada masa atur lagi... 28hb insyallah kembali lagi... episod seterusnya bersama Guru Caster dari Gilakail  iaitu Belacan... Diharap bakal menggempur sarang BB... hehehe inda ku sabar...

banyak peristiwa yang sempat digambar dalam trip kali ini... 
saksikan saja...

Alam Karam Menerajui Boatman Penulis...

Suasana terbit matahari di Bintuka

Penulis dengan kerapu pertama didaratkan oleh TDD09 Red Tiger

Kerapu Second cast berjaya di tundukkan oleh Alam karam 
dilubuk Dangsanak... Unjar sampai kedalam.. hehehehe

 Hasil kerapu dari geng caster Lim Tat 

 anilah dia, asal terjumpa geng caster tidak lepas dari melihat 
tong ikan masing-masing... hehehe

 MJ yang didaratkan sebelah pagi...
Joranlama mengambil gambar kenangan hasil tangkapan dari Lim tat

 Alam Karam & Penulis sempat beritirehat sementara menunggu 
geng yang lain datang untuk makan tengahari...

 pabila berkumpul, Bro Asri  melihatkan hasilnya dengan ikan Umpak

Waktu makan telah  tiba 

sambil makan sambil berkongsi cerita... 

Penulis Bersama Cikgu Sharidan  

Second round- Penulis dengan bangganya berjaya menundukkan 
kerapu menggunakan TDD07 Goldfish... hahaha
Adalah kerana tak pernah menaikkan sebarang jenis ikan 
menggunakan lure ini.... hahaha

Tidak disangka, Rabut MJ bagak.. sampai terkulai ring lure ni....
nampaknya belum ada rezeki...

Cuaca yang agak panasss..
sempat lagi menjemur ikan.. hehehe..

MJ pertama Joranlama... Tahniah

Kerapu dengan TDD09 Flash pirch

MJ Keduanya
Sungguh hebat Joranlama dengan tangkapan sebanyak 2MJ...
memang sifu lah... tahniah...


 Tidak lupa juga bot no5 sukses dengan hasil throlling 
dengan berjaya menundukkan Sang Merah

Tidak senang duduk geng caster waktu ini melihat 
hasil MJ Cikgu Sharidan

 Sesi throlling diteruskan, dan sekali lagi Alam Karam
 juga turut berjaya menaikkan MJ saiz kasar...
Impiannya tercapai mencari saiz Bagak...

 Pulang dengan hati yang melampau-lampau senangnya... 
tahniah buat bot no1 hehehe 


Hasil Keseluruhan
hasil dari bot no 5
(Bro Asri & Cikgu Sharidan)

 hasil dari bot no2
(Penulis & Alam Karam) 

 Pemenang trip kali ini dari bot no1
(Lim Tat & Joranlama)

 Keseluruhan40 ekor kesemuanya...
 24 Kerapu, 9 Titir, 4 MJ, 2GT, dan 1 ikan Parang


Sunday 1 May 2011

Mambang hijau menentang kalung Emas

2minggu berselang dari trip sebelumnya 30hb april 2011
merupakan trip Dangsanak Anglers ke destinasi utama iaitu 
Bintuka... penulis kali ini digandingkan dengan reel baru iaitu 
Shimano Curado 51E yang merupakan pembakar semangat trip 
kali ini... tidak terlupa juga Joranlama turut  beraksi dengan 
kalung emasnya Shimano Calcutta 101B... Seperti biasa 
geng caster Alam karam@Erwin dan Lim Tat menerajui sebagai boatman kami...

Seawal mungkin sekitar jam 5.30a.m. kami mula berangkat
dari jeti, tetapi timbul masalah terhadap bot yang ditempah 
mengalami kerosakan enjin yang berpunca dari plugnya... 
ianya memakan masa kerana kami tidak berbekalkan stok plug baru. 
terpaksa menunda semula ke arah rumah tangah hussin untuk 
dibaik pulih.... setiap masalah pasti ada hikmahnya... kami 
bertolak agak lewat sekitar jam 6.15a.m... di situlah hikmahnya bermula..hehehe

ini saja foto yang sempat diambil semasa menuai ikan 
di sarangnya.. hehehe
Hikmahnya sudah terbalas dengan kejayaan reel 
barunya Shimano Calcutta 101B di awal pusingan
Tahniah buat ayahanda (joranlama)

Alam Karam berhasil menundukkan kerapu minyak dengan 
reel Curado 200E7...

 penulis kali ini berjaya menipui sang sesumpit dengan 
gemercing bunyi Rapala Shad Rap

kerapu berjaya diheret keluar dari sarangnya 

mambang hijau (Shimano Curado 51E) 
menumpaskan Kerapu hasil daripada kehebatan 
TDD07 Flash Pirch

Pusingan ke-2 
 Hasil tundaan gewang Shad Rap berjaya 
mengait mulut GT sewaktu ku terlelap seketika.. hehe 
Alam karam sempat bergambar merakam gambar kenangan..

 hasil tuaian ikan yang bermaksud
"Datang lagi ke Bintuka'
hehehe sukses.. alhamdulillah...
22kerapu minyak, 2 MJ, 2 GT, 2 Titir, dan sesumpit
kemanangan berpihak kepada kalung emas (round reel)