Monday 30 May 2011

Meniti haluan berpanjangan

Muncul kembali kali ini Team Dangsanak Angler's bakal menggegar lubuk yang agak sinonim dengan tajuk kali ini... Sungai yang diduga 
kali ini tiada persimpangannya... hanya sehala menuju keluar ke 
anak2 sungai yang agak jauh dari kawasan itu... kawasan yang 
diterokai kebanyakannya pohon2 nipah yang menjadi tempat permainan serta persinggahan ikan2  yang menjadi sasaran 
utama para caster...  Didalangi komplot trip kali ini adalah 
Bro Asneh dan Mr. Hisam. Mereka yang berpengalaman mengetuai ekspedisi kali ini membawa kami Team Dangsanak Anglers ke area berkenaan... Walaupun agak jauh, kami seru saja nafsu di hati untuk mencuba tempat baru...
Sungguh mengujakan kerana hasil tangkapan kali ini memang berbaloi kerana terdapat banyak saiz kasar dari ikan kerapu dan spesis lain... kami cuba dan terus mencuba cast ke sasaran sehingga ikan yang terakhir didaratkan...moga dapat bersua lagi di lubuk berkenaan..

 mengakhiri kata laporan kali ini dengan jutaan trima kasih Kepada Bro Asneh dari http://gilakail.blogspot.com/ dan mr. Hisam dari http://kembara-pancing.blogspot.com/ kerana bersama-sama menduga lubuk baru... diharap dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara caster2 di Sabah ini...
Pelbagai rentetan di dirakamkan menerusi lensa handphoneku, semoga dapat memuaskan hati para pengunjung blog ini... Trima Kaseh... 


Bro Erwin santai mengemudi bot...

 menuju ke Destinisi 

Kerapu yang didaratkan oleh Penulis dengan 
TDD09 Red Tiger

 Tidak disangka sambaran Merah betaring
membuatku tersenyum.. ahakss

GT sebagai pengubat rindu dikala MJ ketiduran... hehehe 

Enjin yang rosak... mengambil masa kira2 30minit untuk dibaiki... 

Spesis ikan yang jarang ditemui...

 waktunya di lepaskan kembali...
(Berkaca-kaca ku liat mata ikan atu kan minta dilepaskan)
hehehe

Ikan Putih yang berjaya didaratkan menerusi 
teknik throlling 

 Penulis juga memperoleh spesis yang sama...
CNR juga...


hasil Trip kali ini 
Penulis Dan Bro Erwin
(1MJ, 1GT, 1Tanda, dan 15 Kerapu)

Joranlama Budiman dan Mimit
(2GT, 3Titir dan  17 Kerapu)

 ini pula rakan caster LimTat berjaya menaikkan Selunsong
menggunakan teknik throlling... Tahniah!!!

 Sempat merakamkan hasil GT yang pastinya memberikan 
layanan istimewa

Turut berjaya menewaskan ikan Tanda

...ada masa atur lagi...
...bakal beraksi dalam bulam Jun...